Sunday, August 21, 2011

Cabaran 9 Hari Akhir Ramadhan. Dam Dam Dum

1 2 3 4 5 6 7 8 9! KEBABOOM!

Ya,betul kalau ikut kalendar Islam kita ada lagi 9 hari untuk raya sebab hari ni dah 21 Ramadhan. *re-checking calendar* Haa,betul betul. What I came up with this morning is to dare myself to commit to my blog just 9 days. Selalu orang buat 30,tapi saya cabar diri untuk 9. Believe me,this is one of the ways to know if we are up to a challenge or not. Saya cabar diri untuk sahut cabaran ini sebab tiada hadiah ( alaaaaaa ),just a way to motivate myself who recently went to a dermatologist (pakar kulit) and I was told that I suffer emotions problems. Tak paham? Senang aje. Emotions problem lead to skin breakout. So, no emotions problems no skin breakout. Just as easy as 1 2 3 like A,B,C. Patut lah semua orang macam terasa hati je kebelakangan ni. Maaf lah. Patut lah kulit macam sesuatu.


The skin product. MAHAL SUMPAH! kitew gunew safi balqis jew~


Selepas diberitahu sekalian masalah, saya rasa saya patut buat sesuatu untuk bagi so-called emotions problem ni berkurang untuk kurangkan masalah kulit ialah untuk menggembirakan hati segirang-girangnya.wee~ Selain kena pergi cuci muka dengan harga yang berpatutan untuk kurangkan masalah luaran. Dalaman or this co-called emotion problems (this line starts to annoy me much! ) kena lah kita sendiri yang selesaikan. Jadi,entri pertama ini adalah untuk saya kurangkan sedikit tekanan. Yes,i've been thinking a lot. Semuanya pasal PENGAJIAN. Belajar dulu,baru bercinta. Mak dah pesan siang siang. Malam tak ingat dia pesan apa. :/



Kan Mak dah pesan malam tu sebelum tidur pakai losyen bagi kulit tak kering.



Bila talk.think.type dekat sini baru rasa macam tak 'menyemak' dekat news feed dekat Facebook, 'membanjir' Timeline dekat Twitter. Sebab tu blog ni saya guna sebagai medium utama. Twitter limited untuk 140 huruf sahaja. Facebook? Menyampah jugak kadang kadang tengok orang komen tak patut ni. Bertambah lagi kang this so-called emotions problem (LAST GUNA) .

Dan,saya rasa betul lah orang cakap menulis mengurangkan tekanan. Saya tengah guna kaedah ni lah untuk kurangkan TEKANAN ni. Boleh rasa dari CAPS LOCK tu kan? :) InsyaAllah things will get better dan selamat main mercun dengan selamat. Selamat maksud saya dekat sini ialah tiada jari hilang. Kalau hilang makan guna apa?TIUB? ish ish ish!


Middle Finger tinggal setengah je ni.


No comments:

Post a Comment