Salam people.Yes,i am here typing typically again to tell you about me.Cheh,poyo!I've been missing in action for the past 2 months because i am now back to campus.Rarely online.Facebook even.
Sekarang saya nak berbahasa Melayu sebab cerita yang bakal saya ceritakan ini lagi sedap dibaca dan difahami dalam bahasa Melayu.Tak,saya tak bohong.Bila saya berbahasa Inggeris, saya pun tak faham saya cakap apa dan tulis apa.Jadi,Bahasa Jiwa Bangsa.
Pada 12 Ogos 2010,satu kemalangan telah berlaku ke atas saya.Ya,anda tak silap.Ke ATAS saya.Dalam perjalanan pulang dari tandas tingkat satu Fakulti hendak ke AP124,saya telah msuk semula ke kelas untuk meneruskan pengajian bersama Puan Rohaya.Ketika masuk,Puan Rohaya sedang bersusah payah,berpenat dan lelah menurunkan skrin yang memaparkan pelbagai nota yang pasti akan terkeluar pada peperiksaan akhir sem.Oleh kerana tidak berjaya,beliau memanggil saya untuk mendapatkan bantuan.Suspeeennnnn kat sini.SAYA CUMA TARIK SKRIN ITU SEKALI SAHAJA.Dan dan dan,TINGTONG!Besi yang menahan skrin itu jatuh ke atas kepala saya dan 5,4,3,2,1 saya rebah ke lantai.Tak sedar beberapa saat,kebas muka,sejuk kaki dan semua perasaan ada.Mampu istighfar sahaja.Beberapa minit kemudian kepala rasa sakit sangat dan tak boleh gerak atau goyang.Gerak sikit dah jerit.Semua ingat Histeria.Tak,tak,tak.Kepala saya sakit lah,sebab tu jerit.Lepas tu,ambulan datang bawak saya pergi Unit Kesihatan yang jarak tak sampai 200m dari Fakulti.
Saya dirawat Dr.Kamid.Semua dah ingat saya hilang ingatan,tapi tak.Saya dipanjangkan umur dan boleh ingat lagi.Alhamdullillah.Semua dah sibuk cari salah siapa.Puan Rohaya dah emel semua gambar dan beritahu apa yang berlaku dalam emel pada semua pensyarah.Dalam masa seminggu,saya popular.Terima kasih pembawa berita.Seminggu lepas kejadian,saya masih pening-pening.Dan membawa ke demam.Saya nak pergi buat 'CT Scan' untuk pastikan kepala saya tak apa apa.Tapi Doktor Kamid macam tak bagi.Musykil di situ.Tapi lepas berbincang,baru dia bagi.Sesudah 'CT Scan', Alhamdullilah saya tak apa apa.Syukur sangat sangat.
Selepas saya menulis entri ini,saya akan pergi berjuang untuk mendapatkan apa yang sepatutnya menjadi hak saya.MENUNTUT PAMPASAN DAN PENJELASAN.Saya tak mahu perkara seperti ini berulang lagi di lain hari.Tak mahu langsung.Kesimpulannya di sini,saya nak semua pihak-pihak yang sepatutnya bertanggungjawab menjaga dan memperbaiki mana mana fasiliti yang di dalam keadaan yang membahayakan diingatkan untuk sentiasa menjalankan tugas mereka.Tak kira masa dah rosak,reput,dah nazak atau pun dalam keadaan separa baik.
DOAKAN SAYA BERJAYA MENUNTUT PAMPASAN DAN PENJELASAN.
No comments:
Post a Comment